Kelebihan Rumpai Laut
Bercerita tentang kecantikan, kesihatan ni mmg xkan habis..selagi ada produk dan bahan-bahan untuk kecantikan pasti menjadi kegilaan semua orang lagi-lagi kaum hawa.Rumpai laut adalah salah satu produk kecantikan yang sebenarnya telah lama diketahui ramai dan dulu biasa digunakan untuk pengeluar-pengeluar produk kecantikan. Memang tidak dinafikan rumpai laut mempunyai 1001 khasiat yang tersendiri dan kesanya amat memberangsangkan. Bagi wanita untuk kelihatan cantik itu adalah penting tidak kira lah kecantikan dalaman ataupun luaran. Jom kita lihat diantara khasiat-khasiat rumpai laut UNTUK KECANTIKAN dan UNTUK KESIHATAN serta cara penyedianya
KECANTIKAN
- Menjadikan kulit agar lebih putih dan tegang.
- Melancarkan kitaran darah.
- Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
- Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
- Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
- Menaikan tekstur kulit dan seri wajah.
- Mengurangkan pembentukkan selulit.
- Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar
KESIHATAN
- Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi-sendi tulang.
- Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
- Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
- Membantu mengurangkan kolestrol dalam badan.
- Membantu dan merawat penyakit Gastrik.
- Bertindak sebagai antikulat dan anti bacteria.
- Membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan menstabilkan kandungan gula dalam darah.
- Memberi tenaga dan menguatkan sistem dalam badan.
- Membantu merawat penyakit Gout dan menguatkan tulang dan sendi.
- Mencegah Kanser dan Anemia.
- Memberi kekenyangan.
- Melancarkan sistem metabolism.
- Membuang toksik dalam badan.
- Memberi tidur yang mencukupi dan lebih tenang.
- Memulihara usus kecil.
CARA PEYEDIAAN RUMPAI LAUT
Cara Penyediaan :
- Basuh colagen mentah,ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali.
- Rendam colagen mentah yang telah dibasuh semalaman.
- Buang air rendaman tadi & basuh sekali lagi 5-6 kali & toskan.
- Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus.
- Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur. Letakan satu helai daun pandan untuk menghilangkan bau.
- Biarkan sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas & disimpan didalam peti ais.
Cara Membuat Masker :
- Selepas colagen direbus,tapiskan dahulu.
- Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker & air untuk diminum.
- Bersihkan muka terlebih dahulu (1-2 kali)
- Sapukan rata sekitar muka & leher
- Tunggu sehingga masker kering dalam 30 minit.
- Bilas dengan air suam hingga bersih & lap hingga kering
Waktu Pengambilan Rumpai Laut :
- waktu terbaik ambil semasa perut kosong (lepas bangun tidur-sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
- ambil 3 sudu besar & masukkan ke dalam gelas. Boleh diminum dan dicampurkan dengan juice sunquick,ribena atau kordial.
- larutkan & minum. Sebelum tu baca selawat dulu
* Tips Penting Untuk Pengambilan Rumpai Laut
- Selepas pengambilan cologen rumpai laut, jangan minum air nescafe,kopi,minuman berkafein & minuman berkarbornat . Sebab akan menyerap vitamin C yang ada dalam rumpai laut ni.
- untuk hasil yang memuaskan minum air kosong banyak2 & amalkan pemakaian,makan colagen ni selalu.
Kepada wanita-wanita di luar sana apa tunggu lagi jom cepat cepat try cologen rumpai laut ni. Kita akan tahu sendiri selepas mencuba nya sendiri. Selamat Mencuba, Cantik Dan Sihat Semua. ^_^
No comments:
Post a Comment