Nasi Ayam Madu

Hai u olss..da lama sangat x update blog rasa nyer..okay kali ni rasa nk share resepi ibunda ckit ngn u olss..huhuhu..Resepi kali nie nasi ayam madu..senang saje petik jari pown boleh siap ^,^...Antara bahan yang kita perlu adalah

Bahan-bahan untuk nasi
untuk separuh dari yang saya buat.
2 cawan beras
3 cawan air rebuasan ayam (boleh campur dgn air biasa)
1/2 inci halia
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
secubit garam
1 sb mentega

 
Bahan untuk kuah sup
1 ekor ayam
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji kiub ayam
1 inci halia.
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih.


Bahan untuk perapan ayam.
kicap pekat
kicap manis/kicap cair
sos tiram
madu
sedikit garam


sos merah
5 bijicili besar
2 ulas bawang putih
cuka secukupnya
gula ikut citarasa


Bahan hiasan
salad
tomato
timun
daun sup



cara-cara membuatnya :
Mula-mula sekali harus buat air rebusan ayam, dan air rebusan ini akan digunakan untuk memasak nasi dan juga dijadikan sup..

  • basuh dan potong ayam ikut suka..
  • masukkan air dalam seliter boleh tambah kalau nak banyak airnya..janji cukup untuk masak nasi dan buat sup..
  • masukkan ayam, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih, halia dan kiub ayam.
  • masak hingga mendidih.
  • kemudian angkat ayamnya sahaja dan perap..
  • amik 3 cawan air rebuasan untuk masak nasi.
  • yang selebihnya buat sup, masukkan bawang merah dan putih.
  • renehlah sup hingga menggelegak..
  • tabur daun sup dan bawang goreng.
***cara memasak nasi***
  •  basuh beras dan toskan
  • tumbuk bawang merah dan putih, kemudian tumis dengan marjerin hingga sedikit garing.
  • masukkan beras yang telah dibasuh tadi kedalam periuk nasi serta air rebusan ayam, halia, serai, kiub ayam dan bahan yang ditumis tadi..
  • masakla nasi macam kita masak nasi biasa tu..guna rice cooker lagi senang.
***cara membuat ayam***

  • perap ayam dengan sos titam, kicap hitam,, kicap cair, madu dan garam..dalam masa 30 minit
  • kemudian goreng ayam hingga garing.
  • siap!
***cara membuat kuah kicap***
  • tumbuk bawang putih dan tumis.
  • kemudian masukkan air dari baki perapan ayam tadi.
  • boleh tambah sedikit air dan sedikit lagi madu.
  • masak hingga mendidih.
***cara membuat untuk membuat sos***
  • mudah je, campurkan semua bahan dan kacau.
  • letak gula dan garam ikut citarasa
  • kandungan air pun ikut suka juga, kalau suka pekat letak sikit je la, kalau suka cair letak air bayak
  • nak masak pun boleh nak kacau guna sudu pun boleh..
  • itu sahaja dah siap.


Simple dan senang kan... :) ... huhuhuhu... selamat mencuba ^,^