Assalamulaikum untuk semua..sekian lama tak menconteng dalam blog aku nie..Terasa malam ini ingin berkongsi sesuatu untuk semua..Dalam keadaan aku yang terlalu bosan menjadi penanam anggur sejati hehe..Terdetik kat hati aku nk baca satu buku ni..Aku pikir macam bosan je so aku just belek belek cam tuh jela..Dalam belek belek helaian demi helaian aku tertarik dengan satu tajuk kecil dlam buku tuh..yang bertajuk Asas Keselamatan Di Akhir Zaman..Satu demi satu ayat aku baca..makin lama makin aku rasa takut dan makin aku sedar dunia akhir zaman sekarang..Subhanallah semua yang dinyatakan dalam Al-quran dan Hadis semakin hari semakin jelas..Semakin hari manusia semakin kejam..Tiada lagi belas kasihan sesama manusia..Kekejaman berlaku tanpa belas kasihan..Itu mmg jelas dan tak dapat disangkang lagi..So same same lah kita renungkan..Dunia semakin hari semakin mghampiri kiamat yang tiada siapa pun tahu bila..Cuma kita dapat lihat berdasar petanda kecil dan petanda besar yang telah tertulis di dalam Al-quran kalam suci allah itu sendiri..Apakah kita bersedia untuk itu? Cukup kah amalan kita? Aku tiba tiba jadi berdebar..yela sedangkan aku sendiri pun masih bayak kekurangan yang perlu diperbaiki..Ada tersebut di dalam hadis yang di mana Rasulullah (s.a.w) telah menasihati sahabat sahabat nya..yang mana Baginda mewasiatkan akan semua supaya sentiasa bertakwa kepada allah dan mendengar serta taat kepada pemimpin sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba..Kalau kita lihat dunia sekarang bermacam perselisihan berlaku..semakin hari semakin bnyak..dan tidak akan pernah berhenti..Kalau u all betul betul menghayati apa yang aku katakan mesti korang akan paham dan dapat lihat sendiri mcm mna dunia kita sekarang..Marilah kita sama sama renungkan dan berusaha mnjadi lebih baik..Kita sama sama menjauhi perkara-perkara bid'ah yang diada-adakan kerana ssguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat..Berpegang teguhlah kita dengan sunnah Rasulullah (s.a.w) dan sunnah para khulafa Ar-Rasyidin Al Mahdiyin kerana meraka lebih mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar..Kita manusia kadang-kadang mmg akan lalai dngan kemewahan dunia..bukan ckap org lah kadang aku pun same..cepat sgt lara dgn dunia..Tapi alhamdulilah allah masih jaga aku dia myedarkan aku dikala aku lalai dengan urusan dunia..Yang penting kita jangan lupa Allah..Sentiasa melakukan suruhanya insyallah kelak hidup akan bahagia..Agak panjang coretan aku malam ini hehe..Apa pun semoga coretan ini dpat memberikan pedoman untuk kita semua ^_^