Rendah Diri Berlebihan


Aiipppp Hari nie nk share tentang RASA RENDAH DIRI BERLEBIHAN sehingga membawa kepada putus asa, smpai malu untuk meneruskan hidup...wajarkah????? okay kali nie i nk share cara nk hilangkan perasaan macam tue..jom bace kat bawah ea!!

♥ Ubah penampilan diri anda
Ya, penampilan memainkan peranan dalam meningkatkan keyakinan didalam diri anda. Penampilan disini bermaksud penampilan luaran yang orang lain boleh nampak anda. Biasanya anda akan merasa rendah diri sebab anda rasa anda tak lawa la, anda tak pandai bergaya la dan macam-macam lagi. Jadi anda kena ubah penampilan anda dulu ye. Ubah gaya anda berpakaian biar kemas. Ni kalau pakaian pun selekeh macam mana orang lain nak yakin dengan kita betul tak? Jadi anda pun mula la rasa rendah diri dan malu..hehe. Ubahlah penampilan anda bagi meningkatkan keyakinan dalam diri anda.
♥ Banyakkan bergaul dengan orang lain
Biasanya orang yang merasa rendah diri ini jarang untuk bergaul dengan orang lain mungkin sebab malu agaknya. Apa yang nak dimalukan orang lain pun manusia sama macam kita juga. Disebabkan kurang pergaulan inilah yang menyebabkan anda rasa mudah tidak yakin untuk berdepan dengan orang lain. Pergaulan disini bukannya pergaulan bebas ye. Jangan salah faham pulak..hehe. Maksud saya jangan duduk sorang-sorang pergi cari kawan-kawan boleh borak-borak dengan mereka keluar jalan-jalan  makan-makan ke. Pergaulan yang saya maksudkan juga adalah anda kena belajar hidup bermasyarakat. Kalau jumpa siapa kat tepi rumah tu tegur-tegur la bagi salam pun cukup. Kalau boleh tolong dia wat kerja apa-apa lagi baik.
♥ Jangan pandang orang lain terlalu hebat
Bila anda selalu melihat yang seseorang tu terlalu hebat maka anda akan merasa rendah diri jika dibandingkan dengan diri anda yang mungkin. Percayalah cakap saya. Saya sendiri pun pernah mengalaminya. Contohnya di dalam pelajaran ke anda tengok kawan anda terlalu bijak dan hebat dan anda akan mula membandingkan dia dengan diri anda. Dan selepas tu anda merasa tertekan dan merungut didalam hati kenapa la aku tak sehebat dia.. Disitu anda dah mula rasa rendah diri dengan kawan anda. Tak pun jika kawan anda tu terlalu macho sangat kalah artis-artis kat malaysia ni kot dan anda nak jugak membandingkan dia dengan diri anda. Anda akan merasa rendah diri disitu..hehe. Jadi jangan terlalu memandang orang lain terlalu hebat. Sikit-sikit boleh la kot.
♥ Kurangkan sifat malu yang berlebihan
Saya tak dapat nak menafikan didalam diri setiap orang itu ada rasa malu. Kalau nak malu tu memang boleh kerana malu ni pun sebahagian daripada iman. Yang jadi tak bagusnya malu tak bertempat ni. Nak jumpa orang tu malu, nak jumpa orang ni malu, habis nak jumpa semua orang nak malu-malu kot. Jadi malu keterlaluan ni adalah sebab tak biasa bergaul dengan orang lain. Asyik dok sorang-sorang je. Ada yang lagi teruk bila buat dosa tak rasa malu pulak. Jadikan malu itu sebagai pelindung untuk anda dari melakukan dosa. Bila anda dapat mengurangkan rasa malu yang keterlaluan di dalam diri anda insyaallah rasa rendah diri didalam diri anda akan dapat dikurangkan. Dn an ianya akan meningkatkan keyakinan didalam diri anda untuk berdepan dengan orang lain.
♥ Banyakkan berdoa kepada Allah
Sebagai seorang hamba yang banyak melakukan dosa kita hendaklah selalu berdoa kepada Allah agar diberikan keampunan olehNya. Sentiasalah berdoalah supaya diberikan kekuatan didalam diri kita ini supaya tidak merasa rendah diri bila bedepan dengan orang lain. Dengan doa ini ia dapat meningkat keyakinan kita dalam menghadapi hidup ini. Jangan jadikan rasa rendah diri itu sebagai satu kelemahan didalam diri anda kerana anda juga yang akan rugi kerana anda memerlukan satu keyakinan didalam diri bagi menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini.
dengan sedikit pekongsian ini harap dapat menaikan semangat anda untuk menjadi lebih baik 
sharing is loving
 ♥‿♥   

2 comments:

Syafika Jamaludin said...

yank..klw mmg dah rendah mcamna? ^_^

LiPs_Lose said...

suggestion pakai kasut tumit tinggi ;D hoho