Di Sebalik Air Sembahyang



“AIR SEMBAHYANG " 
 Ketika berkumurberniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
 Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap  benda-benda yang tak berfaedah. 


 Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat 
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih  berseri-seri.
 
 Ketika membasuh tangan kananberniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab 
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan . 


 Ketika membasuh tangan kiriberniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri . 


 Ketika membasuh kepalaberniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala. 


 Ketika membasuh telingaberniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang  mengumpat, memfitnah dll. 


 Ketika membasuh kaki kananberniatlah kamu  dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali. 


 Ketika membasuh kaki kiriberniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? 
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

No comments: