Percutian Ke pulau perhentian BAJET!!

Assalamualaikum..fuuhh terasa lama tak jenguk blog neh..Last berceloteh seingat koi mase belaja2 dulu. Biasa lah tengah selak nak update..Okay kali ni koi rasa macam rajin pulak nk typing and share pasal percutian ke pulau perhentian..mmg crazy bajet..sies tak tipu. Percutian 3 hari 2 malam pada MEI 2015 yang tersangat fun..Alkisah nyer percutian ni di planning secara tiba2..Memandangkan masing2 poket dah cinkcink duit so koi planning la nk g pulau perhentian ni dengan bajet yang berbaloi. Pada mulanya koi and the geng rancang nak naik kereta drive dari KL ke jeti kuala besut, Lepas membuat kira2 tolak tambah bahagi darab timing soo kami decide untuk pergi naik bas dan balik naik flight.,.Kami bertolak dari terminal bersapadu selatan pada pukul 10.00pm dan sampai ke jeti kuala besut 6.30am, perjalanan yang mengambil masa 8 jam. that why we all decide untuk naik bas tak da lah penat sangat kan. Total bajet tiket pergi dan balik koi senarai kan di bawah.

1) BUS = TBS (TERMINAL BERSEPADU SELATAN - JETI KUALA BESUT = RM 45
2) ONE WAY FLIGHT = KOTA BHARU AIRPORT - KUALA LUMPUR = RM 69

Wow so murah kan..cinkcink hbis untuk tiket semua RM 114. Untuk pakej percutian kami pilih yg betul2 bajet. After research selama 3 hari koi tertarik pada satu travel and tours ni dia punya pakej sies murah dan berbaloi. Sesuai la dengan percutian bajet kami. Kalo korang nak tahu boleh visit website ni haa http://sealifeservices.blogspot.com/. Kat sini korang boleh pilih nak menginap dekat mane pulau perhentian besar or pulau perhentian kecik. Dan dorang ni akan bagi korang quotation price untuk semua hotel/resort yang ada kat pulau perhentian so korang boleh la pilih mengikut bajet memasing. Macam kami memilih untuk menginap di pulau perhentian kecil di SEALIFE PLAZA INN kampung nelayan dengan bajet RM200/per person 3H2M cinkcink haaa murah kan. Sies nak kabo mmg sangat murah. pakej ni termasuk pakej snokling dan bot pergi balik. Tapi cop untuk pakej ni kami mmg x ambil makanan sebab kami mmg bawak bekalan siap2 dari KL. Untuk tengah hari je kami makan dekat gerai2 yg ada kat tepi2 pantai tuh..Murah-murah sangat..Untuk details pakej korang boleh refer kat bawah neh.

PAKEJ PULAU PERHENTIAN KECIL RM 200

3H2M PAKEJ at SEALIFE PLAZA INN, Kampung nelayan


Pakej termasuk :

  • Bot pergi balik dari kuala besut jeti - pulau perhentian - kuala besut jeti
  • 3H2M SEALIFE PLAZA INN (Semua bilik disediakan dengan aircond / bilik mandi)
  • 1x snorkeling trip , guide dengan alatan snorkeling. Ke 6 tempat turtle beach, turtle point, shark point, fisherman village, the lighthouse coral reef dan romantic beach
  • Hiking
Bagi koi mmg sangat okay dah ni..Jadi nyer kami proceed tuk amik ngn tours ni dengan bayaran booking RM500 untuk 5 orang. The rest of the payment koi setel kan bila dah sampai ke kuala besut. Kat sini koi akan ringkas kan segala aktiviti kami dari hari pertama sampai last. Memang seronok dan fun..Boleh dikatakan quality time with ur friends la..

DAY 1
  • Bertolak dari TERMINAL BERSEPADU SELATAN pukul (10.00PM) dan tiba di JETI KUALA BESUT (06.30 AM)
  • Setiba je sana ada sorang pak cik ni memang sedia dah untuk menyambut kami..Tak da lah terpinga2 sangat kan. Sampai je pakcik ni tunjukan surau berdekatan untuk menunaikan solat subuh dan pejabat sealife travel.
  • Selepas setel semua payment,Pukul 8 bot dah ready untuk bawak kami ke pulau perhentian kecil. Kebiasaanya bot akan ada start pukul 8am-4pm bergantung kepada tours yang korang nak amik. 
  • Perjalanan dar jeti ke Plaza inn, kampung nelayan mengambil masa 45minit.
  • Tepat pukul 9am kami dah boleh check in masuk hotel. Rest2 kan badan untuk aktiviti petang ni.
  • Untuk aktiviti petang, koi the geng memilih hiking dari kampung nelayan ke long beach..untuk mendaki mencari kincir angin. Sies nak kabo mmg penat mana tak nyer 1 jam setengah jelajah kepulauan kecil ni perrgghh gagah dan padu memasing. Tapi yang lucu nyer sepanjang kami hiking xda kelibat perempuan pon yang hiking semua nya abang-abang padu yang sasa. Kira kami ni padu gak la kan ecehh. Bagi koi hiking ni best sebab boleh jelajah satu pulau kecil dan lalu di semua hotel2 yang terdapat di perhentian kecil..Tapi kalo korang jenis yang boyot malas jalan jauh boleh la naik teksi bot kat tepi-tepi pantai. Tapi harga nye korang sendiri pandai tawar la..silap2 pandai kenyit2 dapat free sebab mereka yang bawak teksi bot ni biasa nya abe abe pulau yang kacak lagi peramah haha..lol..
  • Next aktiviti malam pulak adalah berjoget di long beach ssshh..hoho..Kalau korang nak tahu long beach ni adalah satu tempat penginapan yang heavy dengan mat & minah saleh..Biasa nyer hotel kat sini so expensive.Kalau rasa cinkcink byak boleh la amik penginapan kat long beach neh. Tapi macam koi neh mmg x suka nak menginap kat tempat macam ni sakit mata lol.hehe..Okay so malam tu kami pergi ke long beach untuk makan2 taw bukan joget..Kami dapat teksi bot sangat murah..tapi cannot mention here sebab ada alasan2 tertentu hihi..kebiasaanya dorang akan letak Rm25 sekepala. Jadi korang pandai2 lah tawar dan peramah sikit untuk dapat harga murah.
  • Makan - makan kat long beach ni agak mahal bagi koi. Tapi kat sini malam sangat hidup sebab ada aktiviti yang dorang buat kat sini. Tapi koi malas nk tunggu sebab nak rest untuk aktiviti esok.

DAY 2

  • Snorkling time!!!..This is first time koi mau snokling sies mmg x reti langsung dah la takut air.
  • Tepat pukul 10 kami dah sampai di jeti kampung nelayan dan ada sorang abang ni yang akan bawa kami ke semua check point yang ada dalam pakej. Abe ni sangat baik dah peramah, memandang kan kami semua ni perempuan jadi nya dia jaga kami sangat baik.Dari mula sampai last servis dia mmg tiptop tiptop..Dari tak pandai kami bole jadi pandai untuk snokling.
  • kat bawah ni koi share kan koleksi gambar-gambar kami semasa snokling. Kalau korang tanya koi best tak snokling? Koi akan  bagi 100% best, coral dia subhanallah sangat indah sangat cantik. Rasa insaf tengok keindahan bawah laut yang x mampu di cipta oleh manusia.
  • Untuk sesi pagi saje kami dah pergi 3 check point. Untuk tengah hari kami berhenti makan dan rehat di kampung nelayan di mana tempat kami menginap. Rupa nya kat kampung nelayan ni mmg menjadi check point rehat untuk kumpulan snokling sebab gerai2 makanan nyer sangat sedap dan murah. Memang tak salah kami memilih penginapan di sini.
  • Selepas makan dan rehat2 kami sambung semula aktiviti kami di laut. Copp koi nak ingat kan jangan lupa samlok kalau korang yang jenis tak sayang kulit tu redah jela, tapi hitam terbakar nya jangan nk cakap la mau bulan2 nak hilang. 
  • Tepat pukul 5 berakhir nya aktiviti snokling kami. Agak penat di situ sebab nye seharian di laut.
  • So untuk malam nye kami decide untuk santai2 di tepi2 kampung nelayan dan mencari souvenir untuk kenang-kenangan. Dekat sini barangan cenderahati agak mahal berbanding di jeti kuala besut. Kalau korang rasa nak beli more tuh baik borong dekat jeti kuala besut terbaik punya price korang boleh dapat.
Aktiviti semasa snokling yang dapat koi konsingkan di bawah






























































DAY 3
  • Alhamdulilah dah hari ke-3, semua aktiviti yang kami planning semua nya berjalan dengan baik.
  • Memandang tiket flight kami pukul 12.05 tengah hari jadi kami decide untuk keluar dari pulau pukul 09:00am dan sampai ke jeti kuala besut pukul 09.50am. Korang jangan risau transportation ke airport, sebab kat sini bersepah teksi2 yang menawarkan penghantaran ke airport. Apa yang bagus nyer tours yang kami pilih ada jugak menawarkan penghantaran ke airport dengan harga RM150 satu van besar. kalau naik teksi agak mahal.
  • Nasib kami bertuah sebab ada member kat sini yang nak tolong hantar kami ke airport KB, siap boleh singgah kedai keropok lekor lagi hihi.Perjalanan dari jeti kuala besut ke airport mengambil masa 60minit, kalau tak jem 45minit je kater member aku tuh sebab dia neh mmg org besut.
  • 11.00am kami tiba di airport KB dengan selamat.Masa untuk pulang dan menghadap kerja!!

Sedikit sebanyak coretan pengalaman koi & the geng yang dapat dikongsi kan di dalam percutian bajet ke pulau perhentian kecil ni. Total bajet percutian kami dalam RM350 seorang termasuk makan dan minum untuk 3H2M. Murah tak?!!! hihi. Sampai di sini coretan koi Berjumpa lagi untuk next travel yer..Inshallah..Assalamualaikum..